Assalamualaikum.haa disebabkan kuntum nih suka makan nasi dagang,kuntum nak share la resepi nak buat nasi dagang macam mana.resepi nih kuntum belajar dari mak kuntum tau .turun temurun la katakan.hihi
Bahan A :
Beras nasi dagang 3 kg
Bahan B :
Santan 1/2 kg
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Halba 1 sudu besar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
Rendam bahan A selama 2 jam.selepas itu ,kukus sampai masak.Manakala bahan B pula,ambil bawang merah ,bawang putih dan halia ,mayang kesemuanya.selepas itu,masukkan santan kedalam bahan yang telah dimayang tadi dan campurkan sedikit gula dan garam secukup rasa.kacau bahan tadi bersama nasi yang telah dikukus tadi sehingga rata dan kembali kukus selama 15 minit.
tadaa ,dah siap.mudah je.
SELAMAT MENCUBA :)

No comments:
Post a Comment