Assalamualaikum.kali nie kuntum nak share resepi ikan paprik kampung.Haa,tak susah pom nak buat nih.Paprik nih bukan untuk ikan je,ayam pom boleh.Tapi yang lagi best paprik dengan ikan la.Rasanya umphh gitu orang cakap.Tak caya jum kita try buat.
Bahan-bahan :
Ikan kembung 2 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Sos tiram 2 sudu besar
Cili sos 3 sudu besar
Daun limau purut 5 helai
Serai 1 batang
Cili padi 10 biji
Air kosong setengah cawan
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
Pertama goreng ikan dahulu.Sementara menunggu ikan masak,ambil cili padi,bawang besar dan bawang putih untuk dikisar.Selepas itu,tumis bahan tadi sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan sos tiram,sos cili dan setengah cawan air kosong.Kacau sehingga rata,kemudian masukkan daun limau purut,serai, gula dan garam secukup rasa.Kacau lagi sehingga naik aroma dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
siap untuk dihidang.lazattt gituu .
SELAMAT MENCUBA :)

No comments:
Post a Comment