Assalamualaikum.Seperti biasa,kuntum nak share resepi yang best hari nie.Haa,resepinya ialah Daging masam manis.Best tau ,menjilat jari gitu.hehe
Bahan-bahan :
500g daging
Bawang putih 2 ulas
Daun bawang potong pendek
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cara-cara membuatnya :
Tumiskan bawang putih yang dicincang halus. Selepas itu, masukkan daging dan goreng seketika. Kemudian, masukkan secawan air dan kacau-kacau. Biarkan air kering (kalau daging tak empuk boleh tambah air) Bila daging dah empuk, masukkkan sos tiram, sos tomao, sos cili dan garam secukup rasa. Goreng hingga rata sebelum angkat. Taburkan daun bawang dan goreng sekejap. Siap untuk dihidang (Hiasan letak tomato)
SELAMAT MENCUBA :)

No comments:
Post a Comment