Assalamualaikum.kali nie kuntum nak share resepi best hingga menjilat jari hehe.Resepi nie simple-simple je dan paling penting lazat.Resepinya ialah puding askrim oreo .Haa ,nama pom dah best kan .Rasa lagi la.Korang boleh la try buat.
Bahan-bahan :
Agar-agar tali 1 paket
Susu cair 1 tin
Air 1250 ml
Gula 100 gram
Tekur 2 biji
Biskut oreo 1 bungkus (packing yang sederhana besar)
Aiskrim (tak kesah perisa apa pom)
Sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya :
Basuh agar2 tali kemudian masak agar2
tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan
gula dan kacau perlahan2. Oreo dikisar dlm pengisar kering. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila. Bila agar-agar yang
dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu
cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan
oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api. Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang. Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap.
siap untuk dihidang ! emm lazaattnyee
SELAMAT MENCUBA :)
Monday, 11 August 2014
Sunday, 10 August 2014
TOM YAM CAMPUR
Assalamualaikum.Resepi special kuntum nak share hari nie ialah tom yam campur .tom yam campur nie best dimakan bersama nasi putih yang panas-panas.Apatah lagi time kelaparan,fuhhh memang kompom licin la pinggan kuntum kerjakan.haha
Bahan-bahan :
Bahan A
1/2 kg ayam dipotong kecil
Bawang besar 1 biji (dipotong semi bulatan)
Bawang putih 3 ulas (diketuk)
Perencah tom yam sepeket
Lengkuas 1 inci (dititik)
Sedikit minyak untuk menumis
5 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan B
Carrot 1 batang (dipotong memanjang)
Bunga kobis
Putik jagung 3 batang
Serai 1 batang
Tomato 1 biji (dibelah 4)
Daun limau purut 3 helai
Cili padi 9 biji (dibelah 2)
Cara-cara membuatnya :
Tumis bawang besar bersama bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam.Apabila ayam separuh masak, masukkan perencah tomyam. Masukkan air dan lengkuas.Apabila sudah mendidih, masukkan bahan B. Biarkan seketika. Jangan lupa kacau.Masukkan garam secukup rasa.
Siap untuk dihidang ! mudah dan sedap .
SELAMAT MENCUBA :)
DAGING MASAM MANIS
Assalamualaikum.Seperti biasa,kuntum nak share resepi yang best hari nie.Haa,resepinya ialah Daging masam manis.Best tau ,menjilat jari gitu.hehe
Bahan-bahan :
500g daging
Bawang putih 2 ulas
Daun bawang potong pendek
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cara-cara membuatnya :
Tumiskan bawang putih yang dicincang halus. Selepas itu, masukkan daging dan goreng seketika. Kemudian, masukkan secawan air dan kacau-kacau. Biarkan air kering (kalau daging tak empuk boleh tambah air) Bila daging dah empuk, masukkkan sos tiram, sos tomao, sos cili dan garam secukup rasa. Goreng hingga rata sebelum angkat. Taburkan daun bawang dan goreng sekejap. Siap untuk dihidang (Hiasan letak tomato)
SELAMAT MENCUBA :)
Bahan-bahan :
500g daging
Bawang putih 2 ulas
Daun bawang potong pendek
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cara-cara membuatnya :
Tumiskan bawang putih yang dicincang halus. Selepas itu, masukkan daging dan goreng seketika. Kemudian, masukkan secawan air dan kacau-kacau. Biarkan air kering (kalau daging tak empuk boleh tambah air) Bila daging dah empuk, masukkkan sos tiram, sos tomao, sos cili dan garam secukup rasa. Goreng hingga rata sebelum angkat. Taburkan daun bawang dan goreng sekejap. Siap untuk dihidang (Hiasan letak tomato)
SELAMAT MENCUBA :)
Saturday, 2 August 2014
IKAN PAPRIK KAMPUNG
Assalamualaikum.kali nie kuntum nak share resepi ikan paprik kampung.Haa,tak susah pom nak buat nih.Paprik nih bukan untuk ikan je,ayam pom boleh.Tapi yang lagi best paprik dengan ikan la.Rasanya umphh gitu orang cakap.Tak caya jum kita try buat.
Bahan-bahan :
Ikan kembung 2 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Sos tiram 2 sudu besar
Cili sos 3 sudu besar
Daun limau purut 5 helai
Serai 1 batang
Cili padi 10 biji
Air kosong setengah cawan
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
Pertama goreng ikan dahulu.Sementara menunggu ikan masak,ambil cili padi,bawang besar dan bawang putih untuk dikisar.Selepas itu,tumis bahan tadi sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan sos tiram,sos cili dan setengah cawan air kosong.Kacau sehingga rata,kemudian masukkan daun limau purut,serai, gula dan garam secukup rasa.Kacau lagi sehingga naik aroma dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
siap untuk dihidang.lazattt gituu .
SELAMAT MENCUBA :)
Bahan-bahan :
Ikan kembung 2 ekor
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Sos tiram 2 sudu besar
Cili sos 3 sudu besar
Daun limau purut 5 helai
Serai 1 batang
Cili padi 10 biji
Air kosong setengah cawan
Gula dan garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
Pertama goreng ikan dahulu.Sementara menunggu ikan masak,ambil cili padi,bawang besar dan bawang putih untuk dikisar.Selepas itu,tumis bahan tadi sehingga kekuningan.Kemudian,masukkan sos tiram,sos cili dan setengah cawan air kosong.Kacau sehingga rata,kemudian masukkan daun limau purut,serai, gula dan garam secukup rasa.Kacau lagi sehingga naik aroma dan akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
siap untuk dihidang.lazattt gituu .
SELAMAT MENCUBA :)
Friday, 1 August 2014
NASI DAGANG
Assalamualaikum.haa disebabkan kuntum nih suka makan nasi dagang,kuntum nak share la resepi nak buat nasi dagang macam mana.resepi nih kuntum belajar dari mak kuntum tau .turun temurun la katakan.hihi
Bahan A :
Beras nasi dagang 3 kg
Bahan B :
Santan 1/2 kg
Bawang merah 10 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Halba 1 sudu besar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya :
Rendam bahan A selama 2 jam.selepas itu ,kukus sampai masak.Manakala bahan B pula,ambil bawang merah ,bawang putih dan halia ,mayang kesemuanya.selepas itu,masukkan santan kedalam bahan yang telah dimayang tadi dan campurkan sedikit gula dan garam secukup rasa.kacau bahan tadi bersama nasi yang telah dikukus tadi sehingga rata dan kembali kukus selama 15 minit.
tadaa ,dah siap.mudah je.
SELAMAT MENCUBA :)
Subscribe to:
Comments (Atom)



